SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
34600 KAMUNTING,PERAK.
Persepsi Pelajar Masa Kini Yang
Kurang Berminat Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Tingkatan 6
Satu
Kajian Kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
Oleh
MUHAMMAD ZAID ZAYANI BIN ZAMRI
ANIS SYAHIRA BINTI ZULKAMAL
NURUL AKMALIAH BINTI MD DAHALAN
NURUL AMIRAH BINTI MOHAMAD
NAJIHAH BINTI SALEH
Tingkatan 6A1 & 6A2
Abstrak :
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kurangnya minat
pelajar untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian
dan diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada 25 orang bekas pelajar
tingkatan 6 di Sekolah Menengah di atas.
Para pelajar ini dipilih secara rawak . Analisis kajian dibuat berdasarkan min
dan peratusan dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social
Science (SPSS) versi 15.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10
orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian. Keseluruhan hasil
kajian menunjukkan bahawa punca berlakunya
pelajar kurang berminat terhadap tingkatan 6 ialah faktor diri, faktor keluarga,faktor disiplin dan faktor prasarana
sekolah. Beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian lanjutan dalam
menangani masalah pelajar yang kurang berminat terhadap tingkatan 6.
BAB 1
PENGENALAN
PENGENALAN
Pendahuluan
Senario
masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti
atau kolej berbanding ke tingkatan enam sememangnya realiti. Segolongan besar
dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas tingkatan enam hanya membuang
masa dan berisiko. Justeru, secara
langsung menjadikan tingkatan enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk
pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka.
Pelajar-pelajar
terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program
matrikulasi dan universiti berbanding tingkatan enam. Kebanyakan pelajar cepat
“tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa
berbanding gelaran pelajar.
Namun
demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini
adalah salah. Hal ini kerana lulusan tingkatan enam merupakan salah satu tiket
utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Sebenarnya tingkatan enam telah wujud
sebelum program matrikulasi, justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak
dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan
modal insan yang berkualiti dari segi akademik, kokurikulum dan cemerlang dari
segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi
pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih
utama. Secara keseluruhannya tingkatan enam sejak dahulu sehingga sekarang
masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang
untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini.
Walau bagaimanapun
memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar
lepasan SPM yang melangkah masuk ke tingkatan enam. Namun di sebalik cabaran
itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar tingkatan enam dalam
sistem pendidikan. Tingkatan enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA
serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat
jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Pernyataan Masalah
Masalah
yang ingin dikaji adalah persepsi pelajar lepasan SPM terrhadap tingkatan 6.
Kebanyakan pelajar lepasan SPM memandang rendah terhadap Tingkatan 6 dan
memperkecilkan individu tersebut. Ada
juga yang beranggapan bahawa tingkatan 6 membebankan. Pengkaji ingin mencari
jawapannya.
Tujuan
Kajian
Objektif
kajian ini adalah untuk
·
mengkaji faktor-faktor pelajar kurang
berminat untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting
·
Mengenal pasti samada faktor diri
menyebabkan pelajar kurang berminat
·
Mengenal pasti samada faktor keluarga menyebabkan pelajar kurang berminat
·
Mengenal pasti samada faktor pergaulan
rakan menyebabkan pelajar kurang berminat
·
Mengenal pasti samada faktor disiplin
menyebabkan pelajar pelajar kurang berminat
·
Mengenal pasti samada faktor prasarana
sekolah menyebabkan pelajar kurang berminat
Kepentingan
Kajian
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebab-sebab pelajar tidak berminat
melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada Jabatan Pelajaran Perak
sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan
enam
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada Pejabat Pelajaran Daerah LMS sebab-sebab pelajar tidak
berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada pihak pengursan SMK Kamunting Kementerian sebab-sebab
pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada warga pendidik sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan
pelajaran di tingkatan enam
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada ibubapa sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan
pelajaran di tingkatan enam
·
Diharapkan kajian ini akan dapat memberi
pengetahuan kepada orang ramai sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan
pelajaran di tingkatan enam
Batasan
Kajian
Dalam
kajian ini, bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting telah
dipilih sebagai responden penyelidikan ini. Penyelidikan ini hanya terbatas
kepada bekas pelajar tingkatan 5 dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 27 orang pelajar akan
terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik.
Definisi
Operasional
Tingkatan
Enam
Secara
khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti STPM yang
ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran
bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya
sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam.
Dari
segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang meliputi 2
peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam
Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan
Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu
dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu,
perbezaan juga dapat dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada
dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan .
Mata
pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata
pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik
T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan
dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas
peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali
Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian
Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan masih
disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata pelajaran
bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan
sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am
adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya
kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan
aliran sains atau kemanusiaan.
Seterusnya,
definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris
Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki
oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET).
STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama
untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak
universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara
Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM
sama dengan A-level
BAB
2
KAJIAN
LEPAS
Fenomena
penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi.
Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?
Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail yang ditemubual Bernama di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dr Azahari berkata fenomena kekurangan pelajar lelaki di universiti adalah isu kompleks yang berpunca daripada faktor berkait, secara langung dan tidak langsung, yang perlu diteliti secara mendalam kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat.
Beliau berkata fenomena kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga.
"Terima atau tidak, kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan, jadi kalau bakal-bakal bapa ini tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur.
"Ini akan menyumbang kepada masalah lain seperti fenomena "bapa kelam" iaitu bapa yang tidak berperanan. Sudahlah isteri pandai daripada dia, nak cakap banyak tak boleh dan dalam sesetengah kes itu, gaji bini lebih banyak. Bapa ini 'powerless and meaningless' (tak ada kuasa, tak berperanan)," katanya.
Dalam mengupas isu itu, Dr Azahari mengaitkan kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.
Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.
Bermula daripada itu, sistem pendidikan telah diubah secara menyeluruh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian supaya lebih kondusif untuk membantu pelajar perempuan.
"Pada 1974, saya telah bercakap dengan Edna Saffy (President National Women Organisation Chapter South East America) yang memberitahu saya bahawa beliau menjalankan kempen untuk menggalakkan professor (di Amerika) terutama di fakulti pendidikan untuk mengubah kurikulum ke arah itu.
"Ini penting kerana pemikiran pada waktu itu ialah pasca hippie dan anti perang yang secara tidak langsung mengubah haluan pendidikan," katanya.
Beliau berkata kurikulum itu telah berjaya memudahkan pelajar wanita berjaya dalam pengajian.
Dr Azahari, yang juga pengarah yang merangka program siswazah menganggur di negara ini pada 1986 berkata, pada ketika itu, keseimbangan antara pencapaian lelaki dan perempuan di Amerika tidak parah kerana nilai "judaeo-christian, frontier mentality dan individualism" masih kuat sekaligus mendesak lelaki untuk berusaha.
Berlainan dengan Malaysia, beliau berkata negara ini telah mengubah sistem pendidikan tanpa sedar (kerana kebanyakan ahli akademik sekitar 30-40 tahun lepas belajar di Amerika) sedangkan nilai tradisi tempatan tidak mantap menyebabkan ramai pelajar lelaki hilang jati diri.
"Ramai lelaki yang melalui proses ini hilang jati diri dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab itu saya kata fenomena kepupusan itu parah dan Amerika sendiri mula merasa kesannya selepas 40 tahun," katanya.
Dr Azahari berkata kajian yang beliau lakukan pada 1978/1979 menunjukkan kecenderungan budak lelaki untuk menjadi 'pondan' berasal daripada pengaruh guru dan majoriti guru di sekolah dan tadika adalah guru perempuan.
Kenyataan Dr Azhari itu disokong pensyarah komunikasi Ishak Abdul Hamid yang berkata budaya komunikasi guru perempuan yang lebih menggunakan kemahiran lisan juga mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki di peringkat sekolah.
"Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.
"Secara langsung, pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek," katanya.
Dalam konteks itu, Dr Azahari menegaskan kurikulum yang lebih secocok dengan stail dan keperluan psikologi wanita serta sistem penilaian yang bersifat penilaian akademik (baru akhir-akhir ini diubah dengan memasukkan elemen kokurikulum) secara tidak langsung menyebabkan longgokan pelajar wanita.
"Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gelaja tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu," katanya.
Dalam konteks itu, Dr Azahari mencadangkan satu jawatankuasa kerja khas kebangsaan di peringkat kementerian dan universiti ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari penyelasaian kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki itu.
"Ini bukan perdebatan dalam usaha untuk membangunkan golongan wanita tapi apa yang penting usaha untuk memastikan pelajar lelaki tidak terus terpinggir dan memberikan implikasi negatif kepada negara," katanya.
Selain faktor kurikulum pendidikan yang lebih kondusif kepada pelajar perempuan, Dr Azahari berkata faktor lain yang turut memainkan peranan ialah perubahan institusi keluarga kepada "keluarga nuklear" (keluarga yang hanya terdiri daripada bapa, ibu dan anak).
"Sebelum ini, ada datuk dalam keluarga yang memberikan pendidikan secara tak langsung melalui cerita-cerita teladan kepada cucunya ketika ibu atau bapa tiada di rumah kerana bekerja. Dengan sendiri jati diri anak lelaki itu kuat dan mereka tidak keliru," katanya.
Beliau berkata faktor lain yang turut menyumbang kepada fenomena kepupusan itu ialah desakan ekonomi dan harapan masyarakat kepada anak lelaki yang bertanggungjawab memimpin keluarga (dengan bekerja dan mengorbankan pelajaran) sekiranya si bapa tiada atau meninggal dunia.
"Lebih parah kalau pelajar lelaki itu berasal daripada keluarga miskin. Daripada dia belajar dalam sistem yang memberikan kelebihan kepada wanita lebih baik dia bekerja untuk membantu keluarga keluarga," katanya.
Hujah Dr Azahari itu disokong pelajar dari Iran, Katrin Shamshiri, yang berkata fenomena yang sama berlaku di negaranya ekoran tiada jaminan pekerjaan selepas belajar kepada golongan lelaki.
"Wanita kami belajar kerana mahu mendapatkan pengormatan dan prestij. Ini akan membolehkan kami memilih sendiri bakal suami," kata Katrin yang sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di UPM.
Dr Azahari berkata persekitaran masyarakat bandar terutama yang tinggal di apartmen atau rumah kos rendah yang sempit memberikan suasana pendidikan yang tidak kondusif kepada anak-anak lelaki yang mempunyai "tenaga lebih" menyebabkan mereka keluar rumah dan lepak bersama kawan-kawan.
"Ketiadaan ruang belajar khusus dan rumah yang hanya mempunyai tiga bilik menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki hilang minat untuk belajar kerana secara biologinya lelaki lebih aktif dan bertenaga daripada perempuan (perlu lebih ruang)," katanya sambil mencadangkan rumah kos rendah perlu mempunyai empat bilik -- bilik ibu bapa, anak lelaki, anak perempuan dan tetamu (datuk atau nenek).
Beliau berkata mentaliti ibu bapa sekarang juga berubah kerana pendidikan tinggi belum tentu menjamin anak mereka dapat bekerja dan ini dibuktikan dengan bilangan graduan menganggur yang tinggi setiap tahun.
Dr Azahari mencadangkan semua guru dan pensyarah mendalami ilmu sosiologi dan psikologi.
"Nilai-nilai Islam harus dijadikan tunjang falsafah pendidikan. Pemikiran di universiti juga perlu diubah bahawa pendidikan bukan sekadar untuk mendapat kerja.
"Islam tidak pernah mendefinisi kepentingan belajar untuk mendapat kerja tetapi Islam mengajar menuntut ilmu itu adalah wajib. Kita sebenarnya telah mengecilkan konsep pendidikan bahawa belajar itu untuk mendapat kerja dan menjadi kaya," katanya.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
Bab
ini menghuraikan kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, sampel kajian,
populasi kajian, instrumen kajian, pentadbiran soal selidik, kaedah pengumpulan
dan penganalisisan data.
Reka
Bentuk Kajian
Kajian
yang dijalankan adalah kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif dengan
menggunakan suatu penyelidikan tinjauan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji sendiri. Borang
tersebut diedarkan kepada pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran
di tingkatan 6 sekolah yang terlibat dan dikumpul semula untuk pemprosesan data
oleh penyelidik sendiri.
Instrumen
Kajian
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini
adalah kaedah soal selidik menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan
tajuk kajian. Instrumen ini dipilih kerana instrumen ini sesuai dengan kajian.
Borang tesebut mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian
A akan menyoal berkaitan latar belakang responden kajian. Bahagian B terdiri
daripada 7 soalan objektif.
Menurut Mohd Majid
Konting (1990), penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh
sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku penyelidik. Mengikut Mohamad
Najib Abdul Ghafar (1999) pula, soal selidik adalah salah satu kaedah yang
paling popular dalam kalangan penyelidik, mudah ditakbir setelah dibina dengan
baik dan juga data senang diproses untuk dianalisis.
Sampel
Kajian
Dalam
kajian ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting telah dipilih
sebagai responden penyelidikan ini. Penyelidikan ini hanya terbatas kepada bekas
pelajar tingkatan 5 dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 30 orang pelajar akan terlibat dalam
kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik.
Subjek Kajian
Penyelidikan
ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kurangnya minat pelajar untuk
menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada
sampel yang terdiri daripada 30 orang bekas pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah di atas. Para pelajar
ini dipilih secara rawak . Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan.
Tatacara Kajian
Menurut
Mohd. Majid (1993), populasi ialah satu set ciri yang menunjukkan ucapan atau
ukuran yang tertentu kepada kumpulan individu atau objek. Populasi ini
ditentukan dan dikaji dengan teliti supaya keputusan penyelesaian masalah yang
dipilih berkesan. Populasi adalah sasaran dalam menyelesaikan masalah dan
penyelididkan hendaklah melibatkan keseluruhan individu dalam populasi kajian.
Menurut
Mohamad Najib (1999), saiz sampel penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian nanti. Lebih besar sampel, lebih mantap kajian kerana dapat
mengurangkan kesilapan keputusan. Membesarkan saiz sampel meninggikan kesahan
dan kebolehpercayaan skor.
Menurut
Gay (dalam Syaharom, 1990), sekiranya jumlah populasi kurang daripada 500, maka
20 peratus sampel daripada jumlah populasi harus dimasukkan sebagai sampel.
Dalam kajian ini, populasi bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting ialah 25 orang.
Pengkaji
memilih bekas pelajar tingkatan 5 sekolah tersebut kerana pelajar-pelajar mampu
memberi pendapat mengenai faktor-faktor pelajar kurang berminat terhadap
tingkatan 6.
Penganallisisan
Data Statistik
Analisis
kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan perisian
Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Ujian
kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 30 orang responden dalam sampel
kajian.
BAB 4
PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN
KAJIAN
Pendahuluan
Bab
ini menunjukkan dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan. Objektif
utama kajian ini adalah untuk meninjau sebab-sebab pelajar tidak berminat
melanjukan pelajaran di tingkatan enam.
Dapatan
kajian menunjukaan pelajar tingkatan enam memerlukan pelbagai sumber rujukan
bagi mata pelajaran tertentu. Skim pinjaman Buku Teks tidak ditawarkan kepada
pelajar tingkatan enam. Hal ini membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana kos bagi buku rujukan adalah
tinggi. Selain itu faktor kekurangan
buku rujukan di pasaran turut merupakan antara sebab pelajar kurang berminat
belajar di tingkatan enam kerana pelajar tingkatan enam perlu kelengkapan bahan
rujukan yang menyeluruh.
Disebabkan
taraf Pra-U untuk tingkatan enam belum direalisasikan secara menyeluruh
menyebabkan pelajar tingkatan enam masih ditempatkan di sekolah. Sehubungan itu
pelajar tingkatan enam masih terikat dengan setiap peraturan yang ditetapkan
sekolah seperti pemakaian baju seragam sekolah.
Dapatan
kajian menunjukkan faktor uniform sekolah.
Daripada sembang-sembang dengan para pelajar yang tidak begitu seronok
berada di tingkatan enam menyatakan bahawa mereka "cemburu" dengan
rakan-rakannya yang berada di IPTA dan IPTS tidak lagi memakai uniform sekolah.
Mereka dilihat sudah jemu memakai uniform sekolah sejak 11 tahun yang
lalu. Keadaan tersebut tidak terlalu
ketara kira-kira 10 tahun yang lalu kerana pada ketika itu tidak banyak IPTA
dan IPTS diwujudkan untuk program-program pasca SPM.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak berminat belajar di tingkatan enam kerana hukuman dan tindakan disiplin tetap dikenakan bagi pelajar tingkatan enam adalah setaraf dengan pelajar menengah bawahan. Mereka turut terikat dengan peraturan sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan faktor kurang infrastruktur juga menyebabkan tingkatan enam kurang diminati. Hal ini dapat dilihat di setiap sesebuah institusi pendididkan yang jelas menempatkan para pelajar tingkatan enam di tempatkan di tempat yang kurang selesa terutama bagi pelajar tingkatan enam rendah. Di sini berlaku ketidak seimbangan dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang lebih junior berbanding senior. Mereka perlu diberi pelbagai infrasturuktur yang selesa dan kondusif. Pelajar tingkatan enam yang lebih dikenali sebagai pelajar ’PRA-U’ iaitu mereka yang akan menjejaki IPTA perlu diberi kemudahan kelas,gelangang permainan,studio,bilik mesyuarat bagi membezakan mereka dengan murid dari tingkatan lain.

kajian juga menunjukkan pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM
tidak mempunyai peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar
daripada matrikulasi yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang
memberangsangkan. Hanya segelintir
sekolah sahaja ada tingkatan enam ini. Bilangan pelajar tingkatan enam juga
kecil kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran
mereka di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan tingkatan
Enam merupakan pilihan terakhir bagi mereka.
Dapatan
kajian menunjukkan Tingkatan 6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir
(fail-save choice) oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT
apatah lagi ke Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana
pendidikan di Malaysia dan kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan yang
semakin banyak menawarkan kursus-kursus atau program-program untuk lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya sikap
sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan tingkatan enam.
Hattta, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau terus bekerja menggunakan
kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kerana alasan
“tingkatan 6 kurang populariti dan glamor”.
STPM dikatakan susah. Banyak buku kena baca. Belum ada jaminan pasti lulus STPM dan akhirnya ke menara gading. Berbanding dengan di IPTA atau di IPTS. Bilangan pelajar yang gagal mendapat diploma terlalu kecil. Sesi pembelajaran secara semester tidak membebankan pelajar. Peperiksaan ditadbir secara dalaman di IPTA dan IPTS. Oleh itu para pelajar lebih tahu skop topik yang akan diuji dalam peperiksaan. Selain daripada itu kerja-kerja kursus yang dilakukan akan menyumbah sejumlah peratusan yang agak besar dalam peperiksaan akhir.
Dapatan kajian menunjukkan faktor jadual waktu yang rigid. Di tingkatan enam masih lagi mengamalkan jadual waktu yang lebih kurang sama dengan para pelajar aliran perdana (tingkatan 1 hingga 5). Beberapa aktiviti seperti R&D, kolokium, kokurikulum dilaksanakan selepas waktu p&p iaitu dari pukul 1.10 sehingga 3.30 petang. Keadaan ini berlainan di IPTA dan IPTS. Mereka akan datang dan pergi mengikut kesesuaian masa P&P. Selebihnya, sama ada mereka akan ke perpustakaan atau menyiapkan tugasan-tugasan di rumah atau di bilik-bilik khas.
Dapatan
kajian menujukkan kekurangan bahan di pusat sumber sekolah (PSS). Walaupun
mata-mata pelajaran di peringkat STPM masih relevan dengan sistem persekolahan,
namun bahan rujukan bertaraf prauniversiti tidak disediakan dengan secukupnya.
Bahan-bahan bacaan ilmiah (bukan nota dan bahan rujukan peperiksaan) yang
menyokong p&p sangat minimum. Sedangkan semua mata pelajaran di peringkat
STPM tiada sebarang buku teks.
Hal
sedemikian tidak berlaku di IPTA dan IPTS. Masing-masing menjadikan pusat
sumber sebagai tarikan utama para pelajar ke situ. Masing-masing menyatakan
pusat sumber mereka mempunyai koleksi rujukan yang terbanyak berbanding
pusat-pusat pengajian yang lain.
Peraturan
yang rigid ke PSS. PSS masih mengikut prosedur biasa seperti peraturan yang
dikenakan kepada para pelajar aliran perdana. Umpamanya mesti ada kebenaran
guru atau bersama-sama guru sewaktu berkunjung ke PSS. Fenomena tersebut
kadang-kadang menyebabkan para pelajar malas hendak ke PSS. Berada di IPTA dan
IPTS, pusat sumber adalah "rakan" yang sangat akrab kepada para pelajar.
Pusat sumber sebagai tempat membuat rujukan malah pelbagai aktiviti lain
termasuklah perbincangan, akses internet dan konsultasi dengan pensyarah.
Dapatan
kajian menunjukkan kehidupan di IPT boleh dikatakan agak menyeronokkan
berbanding kedua-dua pilihan lain tadi. Masakan tidak, dengan kebebasan
sepenuhnya, diri sendiri berhak menentukan apa yang terbaik dan apa yang buruk.
Segalanya bergantung kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ditambah
pula dengan jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri oleh
pelajar. Pilihan kursus pengajian yang banyak merupakan satu kelebihan untuk
pelajar IPT, sebagai contoh, dengan penggunaan accumulated course untuk
sesebuah program membolehkan pelajar mengambil subjek-subjek tanpa
pre-requisite terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko gugur taraf sekiranya
CGPA tidak mencukupi.
Dapatan
kajian menunjukkan dengan menyambung pengajian di IPT, kemudahan pembiayaan
kini boleh diperolehi dengan mudah. Dengan
kemudahan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau
dana Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelajar boleh menyambung pengajian kepada
kebanyakan kursus yang diminati dengan mudah. Hanya perlu penjamin dan
tandatangan
Dapatan
kajian menunjukkan kebaikan diploma dari segi pendidikan berterusan ialah
kebolehupayaan pemindahan kredit (credit transfer), sebagai contoh, sekiranya
seorang pelajar telah tamat pengajian @ konvokesyen untuk program Diploma Sains
Komputer, dia boleh memindahkan kredit dari program Diploma ke program Ijazah.
Maka, terdapat kursus-kursus pengajian yang tidak perlu diambil untuk
menamatkan sesuatu program pengajian.
Berbeza
dengan Pra-Universiti, walaupun terdapat sesetengah program Pra-U dijalankan di
kampus-kampus IPT, sebagai contoh Pusat Asasi UiTM, Pusat Asasi UM dan
sebagainya, kebanyakan pelajar yang menuntut di IPT (selain program Pra-U)
boleh dikatakan kurang tertekan. Hal ini
kerana, peperiksaan dijalankan secara berjadual dan diusulkan terlebih dahulu
(3 minggu lebih awal), tugasan selalunya diberi masa 2-3 minggu sebelum tarikh
tamat dan projek akhir selalunya dibuat dalam berkumpulan.
Dibandingkan
dengan program IPT setaraf Diploma yang lain, seseorang pelajar mungkin akan
sedikit ketinggalan berbanding pelajar yang lain. Sebagai contoh, berlandaskan
program 5 semester Diploma, pelajar yang memasuki IPT pada usia 18 tahun akan
konvokesyen pada usia 21 tahun. Sedangkan pada masa yang sama, pelajar
Pra-Universiti telahpun menjalani proses konvokesyen untuk Ijazah manakala
pelajar Tingkatan 6 (STPM) sudah berada di tahun pertama/kedua untuk program
Ijazah.
Kajian
juga menunjukkan sesetengah pelajar yang berkelayakan dan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam SPM, matrikulasi dan asas menjadi pilihan utama. Perlu
diingatkan, Pra-Universiti ialah program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang.
Program ini juga dikenali sebagai trek pantas untuk melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah. Matrikulasi dan Asasi adalah program khas yang dirangka untuk
membolehkan pelajar cemerlang melangkau program Diploma.
Program
Pra-Universiti boleh dikaitkan dengan individu pelajar yang mengimpikan
cita-cita untuk bergelar seorang doktor (Dr.) dan menyambung pengajian di
universiti-universiti terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia
dan Universiti Malaya.. Matrikulasi lebih
umum dalam menawarkan program satu tahun (lebih kurang 9 bulan) dan ada juga
program dua tahun (lebih kurang 18 bulan). Matrikulasi yang menjadi pilihan
kebanyakan pelajar kini ialah matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Namun demikian, seperti yang dinyatakan diataus, terdapat beberapa IPTS dan IPTA
menawarkan program Asasi di kampus-kampus mereka.
Salah
satu kelebihan besar prlejar-pelajar Pra-Universiti ialah kebolehupayaan untuk
melangkau program Diploma. Hal ini demikian kerana, kebanyakan program
Diploma mengambil masa sehingga 5-6
semester iaitu bersamaan dengan 2 tahun 5 bulan atau 3 tahun (2 semester = 1
tahun). Jadi, bayangkan dengan usia semuda 18 tahun, pelajar memasuki program
Pra-Universiti dan keluar pada usia 19 tahun dan seterusnya memasuki program
Ijazah. Sekiranya pelajar konvo pada masa yang tepat, dalam usia 21-22 tahun,
pelajar sudah melangkah ke alam pekerjaan dengan segulung Ijazah
Dari
aspek yang lain, berbeza dengan program Diploma dan Tingkatan 6 (STPM), perlu
dingatkan bahawa sijil Asasi dan Matrikulasi boleh dikatakan tidak laku untuk
pekerjaan. Pelajar
yang
telah tamat program Pra-Universiti wajib menyambung pengajian ke program Ijazah
dan sorry to say, sekiranya seseorang pelajar tersebut gagal dalam
Pra-Universiti, pelajar terpaksa mengulang permohonan untuk menyambung
pengajian menggunakan kelulusan SPM.
Selain
itu, pelajar Pra-Universiti juga turut perlu bersaing dengan pelajar-pelajar
Diploma (semester akhir), dan Tingkatan 6 dalam usaha untuk merebut tempat di
IPT dalam peringkat Ijazah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
KAMUNTING, PERAK
BAHAGIAN A
1.
|
|
|
2.
|
|
3.
|
|
|
|
|
|
4.
Tempat tinggal: Bandar Luar Bandar
BAHAGIAN B
1.Adakah anda sedang menuntut di IPTA?
|
|
2.Adakah anda membuat keputusan sedemikian atas kehendak
sendiri?
|
|
3.Adakah anda memilih pusat pengajian tersebut atas alasan
ingin berdikari?
|
|
4.Adakah ibu bapa bekas pelajar serta masyarakat sekeliling
memandang negatif terhadap tingkatan 6?
|
|
|
|
Ya
Tidak
6.Adakah faktor persekitaran atau mahu merubah hala tuju
serta mahu mencari pengalaman jauh daripada rumah sendiri?
|
|
7.Adakah tingkatan 6 membuang masa?
|
|
Dalam proses
penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada bahagian tertentu iaitu:
a)
Penganalisian
maklumat peribadi respoden
b)
Penganalisian
pandangan dan pendirian respoden.
Penganalisaan maklumat peribadi respoden
Untuk
penganalisaan maklumat peribadi respoden, penyelidik hanya melihat kepada
jantina, umur,bangsa dan tempat tinggal.
Item (Jantina pelajar)
|
Bilangan
|
Peratus(%)
|
Lelaki
|
10
|
33.3
|
Perempuan
|
20
|
66.7
|
Jumlah
|
30
|
100
|
Jadual 4.1 Taburan jantina respoden
Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 30 orang
bekas pelajar SPM yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Daripada
jumlah tersebut, bekas pelajar perempuan seramai 20 orang atau 66.7% manakala
bekas pelajar lelaki seramai 10 orang atau 33.3%.
Item (Umur Pelajar)
|
Bilangan
|
Peratus( %)
|
19 tahun
|
21
|
70
|
20 tahun
|
4
|
13.3
|
21 tahun
|
5
|
16.7
|
Jumlah
|
30
|
100
|
Jadual 4.2 : Taburan umur pelajar
Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan
bekas pelajar iaitu 30 orang. Hanya 21 orang pelajar adalah berumur 19 tahun
manakala pelajar 20 tahun hanya 4 orang pelajar. Keadaan ini disebabkan
peringkat umur boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap tingkatan 6.
Pandangan dan pendirian pelajar dalam peringkat umur ini amat diperlukan untuk
melakukan kajian ini.
Item ( bangsa)
|
Bilangan
|
Peratus (%)
|
Melayu
|
30
|
100
|
Cina
|
0
|
0
|
India
|
0
|
0
|
Lain-lain
|
0
|
0
|
Jumlah
|
30
|
100
|
Jadual 4.3 Taburan
jenis bangsa responden
Jadual ini menunjukkan bahawa bangsa bekas pelajar SPM.
Ini boleh dilihat daripada keseluruhan kajian menunjukkan daripada bangsa
Melayu mempunyai 30 orang atau 100%.
Penganalisisan pandangan dan pendirian respoden.
Penganalisisan ini dijalankan berdasarkan kepada
persoalan kajian yang dibina iaitu:
a)
Adakah
anda sedang menuntut di IPTA?
b)
Apakah
anda membuat keputusan sedemikian atas kehendak sendiri?
c)
Adakah
anda memilih pusat pengajian tersebut atas sebab ingin berdikari?
d)
Apakah
ibubapa bekas pelajar serta masyarakat memandang negatif terhadap tingkatan 6?
e)
Adakah kerana tingkatan 6 tidak diberi
kemudahan dan layanan istimewa seperti pemberian elaun setiap bulan serta
pinjaman pendidikan(PTPTN) seperti yang dilakukan oleh kerajaan ke atas pelajar
IPTA dan IPTS?
f)
Adakah faktor persekitaran atau mahu
merubah hala tuju serta mahu mencari pengalaman jauh daripada rumah sendiri?
g)
Adakah tingkatan 6 membuang masa?
Jadual 4.4 :
No.
|
Item Soalan
|
1 (Ya)
|
2 (Tidak)
|
1
|
Adakah anda sedang menuntut di IPTA?
|
27
(90%)
|
3
(20%)
|
2
|
Apakah anda membuat keputusan sedemikian atas kehendak
sendiri?
|
29
(96.7%)
|
1
(3.3%)
|
3
|
Adakah anda memilih pusat pengajian tersebut atas sebab
ingin berdikari?
|
28
(93.3%)
|
2
(6.7%)
|
4
|
Apakah ibubapa bekas pelajar serta masyarakat memandang
negatif terhadap tingkatan 6?
|
10
(33.3%)
|
20
(66.7%)
|
5
|
Adakah kerana tingkatan 6 tidak diberi
kemudahan dan layanan istimewa seperti pemberian elaun setiap bulan serta
pinjaman pendidikan(PTPTN) seperti yang dilakukan oleh kerajaan ke atas
pelajar IPTA dan IPTS?
|
4
(13.3%)
|
26
(86.7%)
|
6
|
Adakah faktor persekitaran atau mahu
merubah hala tuju serta mahu mencari pengalaman jauh daripada rumah sendiri?
|
29
(96.7%)
|
1
(3.3%)
|
7
|
Adakah tingkatan 6 membuang masa?
|
5
(16.7%)
|
25
(83.3%)
|
![](file:///C:/Users/Tech/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image007.gif)
BAB 5
KESIMPULAN
DAN CADANGAN
Pengenalan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengemalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam.
Di
dalam bab ini pengkaji membuat rumusan kajian,mengemukakan cadangan –cdangan
berhubung hasil dan kajian yang telah dijalankan serta cadangan untuk kajian
akan datang.
Kesimpulan
Tingkatan
Enam merupakan salah satu daripada 2 sistem prauniversiti yang utama untuk
kemasukan ke Universiti Awam Malaysia walaupun terdapat pelbagai permasalahan
yang timbul tetapi jika difikir secara logik, kemasukan ke Tingkatan Enam
adalah yang terbaik kerana sijil STPM amat bernilai dan ini terbukti kerana
diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara
Pendidikan
di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal mahasiswa yang
mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban tugas di IPTA kelak.
Masyarakat diminta mengubah tanggapan dan persepsi terhadap Tingkatan Enam dan
masyarakat juga diminta mengubah paradigma yang selama ini menganggap bahawa
hanya matrikulasi dan kolej sebagai hala tuju anak-anak mereka selepas SPM,
lalu mengetepikan keupayaan Tingkatan Enam dalam memberi pendidikan lanjut
selepas SPM sebagai medan hala tuju ke IPTA.
Hakikatnya, walaupun wujud banyak kekurangan terutama dari segi infrastruktur di Tingkatan Enam ia sepatutnya dijadikan pemangkin bagi membakar semangat pelajar-pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam pembelajaran bagi mencapai kejayaan terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang gagal meraih mana-mana tempat di matrikulasi atau kolej yang mana akhirnya memilih untuk meneruskan pembelajaran di Tingkatan Enam.

Kini,
kita harus berterima kasih kepada Kementerian Pelajaan Malaysia kerana bersedia
menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan perdana ke IPTA dengan
membuka luas kuota kemasukan bagi calon-calon lulusan STPM ke IPTA. Selain
itu,sebenarnya sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang sedia
ada mampu melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan beberapa perubahan
dari segi identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan pada bahagian yang
difikirkan perlu. Perkara yang terpenting di sebalik perbincangan ini ialah
masyarakat dan pelajar itu sendiri perlu mengubah paradigma mereka dengan
tegasan dan jati diri yang tinggi untuk mengharung cabaran, rintangan dan pahit
getir ke arah mempersiapkan diri sebagai bakal mahasiswa yang cemerlang di IPTA
CADANGAN
Hasil
daripada kajian ini,terdapat beberapa cadangan oleh pengkaji iaitu:-
1. STPM
patut dijadikan pasport utama ke IPTA.
Pelajar Tingkatan Enam berpendapat bahawa STPM amat sukar dan banyak yang terpaksa dibaca menjadi suatu sindrom kepada mereka. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa belajar dalam tempoh hanya satu tahun setengah iaitu setengah tahun bagi Tingkatan Enam Rendah, dan setahun lagi bagi Tingkatan Enam Atas. Mereka beranggapan bahawa kegagalan meraih keputusan cemerlang pada peringkat STPM akan mengecewakan mereka jika hendak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam. Hanya calon yang mencatat keputusan cemerlang dan gemilang sahaja akan ditawarkan tempat disebabkan oleh kesempitan tempat di IPTA. Selain itu,majoriti IPTA sudah ada menawarkan program matrikulasi dan diploma tersendiri untuk diserapkan ke institusi mereka sekaligus mempersempitkan peluang calon yang kurang cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka. Oleh itu,wajar dilaksanakan dengan penuh komited ialah menjadikan STPM sebagai pasport utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

2. Dicadangkan
kerajaan memperuntukkan biasiswa khas bagi pelajar tingkatan enam.
Peningkatan harga barang termasuk bahan rujukan telah menyusahkan para pelajar ini.Bahan rujukan banyak digunakan sepanjang tempoh pengajian untuk mendapat informasi bertepatan dengan format STPM. Oleh itu peruntukan biasiswa melalui Kementerian Pelajaran dapat membuka peluang kepada pelajar Tingkatan Enam untuk membeli buku rujukan serta bahan-bahan ilmiah memandangkan selama ini mereka hanya bergantung kepada pendapatan keluarga. Pemberian biasiswa ini dapat membantu pelajar sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga pelajar yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah.

3. Dicadangkan
kerajaan mewujudkan kelengkapan infrastruktur khusus untuk tingkatan enam.
Ketiadaan infrastruktur khusus untuk pelajar Tingkatan Enam menyebabkan ia
dipandang ’enteng’ oleh sesetengah pihak. Mereka beranggapan bahawa ketiadaan
kemudahan ini akan menyebabkan proses pembelajaran tidak berjalan dengan
lancar. Spekulasi ini seterusnya menyebabkan Tingkatan Enam tidak menjadi
pilihan utama bagi lepasan SPM melanjutkan pelajaran.Oleh itu,Kementerian Pelajaran
Malaysia haruslah mewujudkan infrastrktur khusus seperti membina blok khas
untuk pelajar Tingkatan Enam.Selain itu,kelas mestilah berlainan dan mempunyai
bilangan murid yang minima iaitu lebih kurang 20 pelajar dalam satu-satu kelas
bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.Kemudahan dalam setiap
kelas seperti komputer berserta rangkaian internet harus diadakan bagi pelajar
menyelesaikan tugasan serta mencari informasi berkaitan dengan subjek secara
mudah dan cepat.Bilik mesyuarat khas untuk Tingkatan Enam adalah amat penting
kerana akan menjadi pusat perbincangan untuk setiap masalah yang dihadapi serta
tempat bagi mereka merangka projek.
4. Identiti
yang hampir sama dengan pelajar lain menyebabkan pelajar Tingkatan Enam ini
tidak menonjol lebih-lebih lagi apabila mereka menyandang jawatan-jawatan dalam
kepimpinan yang memerlukan penyeragaman seperti pengawas dan pengawas pusat
sumber. Dicadangkan uniform khas diperlukan bagi menonjolkan identiti mereka
sebagai pelajar yang bakal ke universiti. Tidak keterlaluan jika pelajar pemakaian uniform ini diselaraskan di semua
sekolah agar mudah dikenali dan menjadi simbolik kepada Tingkatan Enam.
5. Dicadangkan
kerajaan mengubah sistem penilaian
Penilaian terhadap kecemerlangan pelajar STPM biasanya dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan akhir mereka(STPM). Tetapi, perkara ini tidak relevan kerana, apakah yang akan terjadi jika seorang pelajar yang selama ini konsisten cemerlang tetapi pada tarikh peperiksaan dia ditimpa musibah sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat memberi tumpuan semasa menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa penilaian kecemerlangan ini seharusnya dinilai sepanjang tempoh pengajian dan bukannya hanya pada peperiksaan STPM.Contohnya, penilaian kerja kursus ilmiah juga boleh dijadikan kayu ukur kecemerlangan seseorang itu di samping ujian bertulis pada akhir pengajian.

BIBLOGRAFI
Harian
Metro
Antara Form 6, Matrik dan Diploma. | faizsufi.com http://faizsufi.com/umum/antara-form-6-matrik-dan-diploma/#ixzz1kMjWXcFn
Burley
M dan Harding E (1998). Truant Students:
Evaluating the impact of the “Becca Bill”
Truancy
Petition Requirements. Washington State
Institute For Public Policy: The
Evergreen
State College.
Cash
T dan Duttweiler P C (2005). Planning, Collaboration and Implementation
Strategies for
Truancy
Programs. National Dropout prevention center/Network: Universiti Clemson.
Dekalb
dan Jay (1999). Student Truancy. ERIC Development Team: Amerika Syarikat
Joseph
A (2008). A Study Of Elementary Children
At Risk For Truancy: Exploring Geder
Differences,
Service Offered, And Other Factors Related To Truancy. Tesis Sarjana:
Universiti
Louisiana State.
Kamus
Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2000): Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur M J
Van
Breda
(2006). Guidelines For Empowering
Secondary School Educators, In Loco
Parentis,
In Addressing Truancy Among Early Adolescent Learners. University Afrika
Selatan:
tidak di terbitkan.
Mogulescu,
Sara; Segal dan Heidi J (2002). Approaches to Truancy Prevention. Vera
Institute of Justice: New York.
Pappas
J A (1996). Truancy: New Twist. Millbrae Police Department: Milbrae.
Smink
J dan Reimer M S (2005). Fifteen Effective Strategies for Improving Student
Attendance
and
Truancy Prevention. National Dropout
Prevention Center/Network
LAMPIRAN
KUALA
LUMPUR 29 Jun – Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam
bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian
Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat
pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang.
“Antara
sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka
kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan,” katanya pada sidang Dewan
Rakyat hari ini.
Beliau
menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan
menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina,
kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja
serta cadangan untuk mengatasi masalah itu. Subramaniam berkata, Kementerian
Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5
juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu.
Dalam
pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan
perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah
pengangguran di kalangan graduan di negara ini.
Berlainan
pula, apabila tibanya musim kemasukan ke IPTA, pelajar lelaki lebih banyak
memberikan ruang kepada pelajar wanita.
KUALA
LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan ke universiti awam
apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang
ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan
mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.
Jumlah
mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei
lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45
peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan. Hanya 35.2 peratus atau
14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama)
dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf.
Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada
pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi
kedua-dua peringkat program pengajian.
Katanya,
dominasi kemasukan pelajar perempuan untuk kemauskan ke IPTA selari jurang
gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan
untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah
Pertama), tahun ini. Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada
keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan
jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon
lelaki.
Malah,
bilangan pemohon perempuan pada kemasukan
ke IPTA tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi
sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING,
KAMUNTING, PERAK
BAHAGIAN A
1.
|
|
|
2.
|
|
3.
|
|
|
|
|
||||
|
||||
4.
Tempat tinggal: Bandar Luar Bandar
BAHAGIAN B
1.Adakah anda sedang menuntut di IPTA?
|
|
2.Adakah anda membuat keputusan sedemikian atas kehendak
sendiri?
|
|
3.Adakah anda membuat keputusan sedemikian atas alas an
ingin berdikari?
|
|
4.Adakah ibu bapa bekas pelajar serta masyarakat sekeliling
memandang negatif terhadap tingkatan 6?
|
|
|
|
Ya
Tidak
6.Adakah faktor persekitaran atau mahu merubah hala tuju
serta mahu mencari pengalaman jauh daripada rumah sendiri?
|
|
7.Adakah tingkatan 6 membuang masa?
|
|
No comments:
Post a Comment